Salam Kamunting,
Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.
Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi – tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.
Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama – lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama – nama ulama agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu – talu. Islam berkecai dalam kepingan – kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah – pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian – bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.
Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.
Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir – hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.
Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..


14 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
Julai 28, 2007 pada 7:51 pm
ahmad ziad fahmi b shafie
assalamu3alaikum wbt ..
ust nik .. saya mintak izin copy n paste taks ni kat blog saya…
moga terus thabat dlm penulisan ini.
jazakallah khair.
fi amanillah ..
ws
Julai 31, 2007 pada 11:56 am
dhuat79
Menarik tulisan ustaz ni. Bila nak tulis buku?Ianya untuk manfaat sejagat.Insyaallah saya akan beli dan jadi agennya
Ogos 4, 2007 pada 6:14 pm
ibnasmuni
Salam ust Nik,
ana pun minta kebenaran nak copy artikel ust ni utk ana letakkan dlm blog ana. Harap ust benarkan.
Jazakallah
Ogos 25, 2007 pada 9:49 pm
syaikhan ubaid
salam ukhuwah & salam perjuangan
alhamdulillah…..>
ALLAH mengurniakan kita
mujaddid di era ini
namun beliau mati syahid
beliau banyak menggariskan
tentang penyatuan jamaah
dalam satu fikrah satu amal……>
to be continue…..,,,,,
Oktober 12, 2007 pada 9:18 pm
qamarunajmi
salam aidilfitri utk ustaz..moga perjuangan hasan albanna kiter jd kan sbgi pedoman iedup..takbir allahuakbar..moga myfam di kmph dpt mengharungi dugaan untuk menegakkn islam..
September 3, 2008 pada 4:05 pm
hilmi_unitamal
Al-fatihah untuk imam hassan al-banna… Beliau lah yang telah membuka lembaran baru tatkala umat islam terjatuh dan dihina setelah kita kehilangan Bapa yang memayungi ummat…iaitu khilafah… Kejatuhan Islam bukan untuk ditangisi semata2, bukan untuk dicatit sebagai lembaran sejarah yang takkan berulang kembali… Tetapi imam as-syahid telah membawa kesedaran keppada umat islam semuanya bahawa kita mempunyai tanggungjawab menegakkan daulah dan khilafah… Bukan sekadar teori tetapi amali dan ini dibuktikan oleh as-syahid dan gerakannya ikhwan muslimin… Allahuakbar!!
Disember 10, 2008 pada 12:32 pm
MHAH
Salam Ustaz. Saya amat setuju dengan ustaz. Imam hassan al banna-semoga Allah merahmati beliau- adalah tokoh islam yang amat disanjungi. Kita byk mendengar tentang pergerakan dakwah beliau tetapi kehidupan keluarganya juga amat mengasyikkan utk diketahui. Cara kepimpinan, asuhan, pendidikan dan cintanya terhadap keluarganya amat mendalam, berlandaskan Rasulullah s.a.w.
Anak2nya patuh kpdnya bukan kerana takut tetapi krn terlalu malu dgn keperibadian beliau. Dapatkan ‘Cinta di rumah Hassan al Banna’ karya Muhammad Lili Nur Aulia dan anda akan bertambah kagum dgn peribadi beliau yang sangat halus dalam mendidik anak2. Telah saya baca 2 kali. Ia menginsafkan, menjadi panduan dan iktibar yang baik.
Oktober 3, 2009 pada 9:33 pm
abuumar al-baloki
syukran ustaz
Oktober 10, 2009 pada 9:37 pm
uthman
ust nik abduh, mintak copy, paste kat my blog…
Oktober 11, 2009 pada 9:32 pm
ibnyusoff
ustaz, sy nk mintak izin copy dalam blog sy..sy memg pminat TGNA n family..
Ogos 20, 2010 pada 4:06 pm
syukri
assalamualaikum,ustaz.
ada yang kata as-syahid hasan albanna tidak digelar imam kerana menolak mazhab,..mohon beri penjelasan
Oktober 8, 2010 pada 12:29 am
camcoy
salam,ustaz nik…
dh lama tak masuk blog ustaz pasal lama tertunggu2 artikel baru…rupanya dh banyak yg update…sy pun kembali nak menelaah dan sintesis idea2 penulisan ustaz…
semoga ustaz terus diberi ilham olehNya utk terus mencoretkan artikel2 yg penuh hikmah…
Mac 7, 2012 pada 11:56 am
humaidi91
moga kita bersama menjadi muslim yang sungguh2 dalam memahami islam yang sebenarnya dan menyebarkannya. Allah telah memelihara agamanya ini dengan mujaddid yang bersungguh seperti Hassan al Banna. Jazakallah ustaz atas peringatan ini. Moga kita jadi umat yang banyak masa dihabiskan dengan perkara2 perlu sahaja,Jauhi dari persengketaan yang berpanjangan tanpa manfaat utk ummah.jadilah kita seperti mereka ini seperti mana hassan al banna,imam nawawi yang umur mereka singkat namun sangatlah berisi.
April 4, 2012 pada 11:47 pm
senandungtunteja
ustaz, mintak izin copy paste dlm blog