You are currently browsing the daily archive for September 10, 2007.
Salam Kamunting,
Peristiwa berdarah di Batu buruk semalam nampaknya mendalam parutnya nanti. sila baca komen para pembaca di harahdaily. Saya sempat menelefon sahabat di Terengganu yang turut terlibat. Walaupun gambaran sebenar masih kabur, saya fikir berhak menulis untuk beberapa kesimpulan mudah dan nyata.
Anda tafsirkan, selepas mendengar peristiwa di atas, apakah maksud demokrasi dalam kepala pemerintah negara? Ceramah belum berlaku, gas dan tembakan telah dilepaskan!? Apabila permit ceramah tidak dikeluarkan ( jika betul?), tindakannya polis diarah mengganas!? Bagaimana digambarkan sekatan jalan raya diadakan bermula sebelum maghrib lagi semata – mata untuk menghalang orang ramai ke tempat ceramah, lalu mengganggu keseluruhan perjalanan orang ramai?
Maksudnya, di mana kedudukan rakyat yang membangkang kerajaan di sisi kerajaan yang memerintah hari ini? Adakah mereka di kelas kedua layanannya? Jika ini, apakah ini maksud demokrasi yang di pakai Malaysia? Jika ini, apakah demokrasi kita ini di terima dunia sebelum di terima Islam? Jika ini, inikah sebahagian ‘pendekatan’ hadhari untuk memperkenalkan Islam terbaik oleh negara?
Peluru hidup adalah untuk membunuh. Membunuh satu nyawa adalah membunuh manusia seluruhnya. Menyelamatkan satu nyawa adalah menghidupkan manusia seluruhnya. Itu nilai nyawa yang diajar oleh Allah. Nyawa manusia ( Nyawa babi di Melaka bagaimana? ). Jika begini kelakuan pemerintah di Batu Buruk itu, adakah nyawa babi lebih selamat daripada nyawa manusia di negara hadhari ini? Mungkin ini kesimpulan kasar dan bias tetapi tunjukkan kesimpulan yang lebih lunak daripada gambaran yang kita perolehi daripada peristiwa kejam dua rakyat pembangkang yang ditembak semudah itu dalam peristiwa semalam? Ya, mungkin kita sedikit terubat jika kerajaan memohon maaf dan menghukum diri sendiri!
Tetapi, mohonlah dahulu kemaafan kepada keluarga, bahkan rakyat seluruhnya atas peristiwa berdarah di Memali 22 tahun lampau. Kita menuntut keikhlasan dan keberanian daripada pemerintah kita yang sinonim dengan kelakuan munafik dan penakut menghadapi tentangan rakyat.
Pembangkang, terutama golongan Islam yang menentang pelaksanaan Islam dalam kerangka hadhari yang menyesatkan sentiasa berhadapan tentangan dan halangan yang tidak bermoral dan di luar peri kemanusiaan daripada pihak pemerintah. Polis dipaksa menjadi musuh pembangkang sehingga melupakan tugasan mereka memelihara keamanan. Jabatan Agama Islam terutama di Selangor dipaksa menjadi musuh para pendakwah di masjid berbanding menjadi pembanteras maksiat dan. Jentera kerajaan digunakan sepenuhnya tanpa rasa malu dan bersalah untuk menyekat kemaraan pembangkang menguasai minda rakyat.
Kita seperti diseret untuk menerima hakikat ( baca khurafat ) bahawa kerajaan hari ini mustahil ditukar dan ditumbangkan. Kita menolaknya lalu kita diugut dan ditakutkan hatta dengan tembakan peluru hidup. Demokrasi sebenarnya sudah tiada. Ia senang sahaja ditukarkan di sisi pemerintah yang sudah pun cukup berani untuk menukar nama ugama Islam sendiri.
Peperangan adalah untuk menguasai rakyat. Samada rakyat mendengar dan menerima kebenaran yang dibawa pembangkang atau rakyat akur sahaja dengan kepalsuan dan tipu daya pemerintah. Kemudian samada rakyat bangkit dan menjadi berani berubah atau rakyat kekal hidup dalam ketakutan dan putus asa.
Saya asalnya berhasrat menyatakan rasa simpati pada babi – babi yang diputuskan untuk dihapuskan di Melaka itu. Apa dosa babi? Apa hina babi sehingga diputus untuk dibunuh begitu sahaja sebab terlebih zuriat? Allah tidak menghina babi tetapi Allah menghina pemakan daging babi. Kita sering hilang arah dalam tindakan kita sedang kita ini berakal untuk meminpin kehidupan seluruh makhluk di dunia ini.
Tetapi, apabila nyawa manusia pun telah begitu murah di sisi pemerintah kita, apa faedahnya lagi saya bersungguh – sungguh nak menilai nyawa seekor babi? Tidak peliklah komentar di Harakahdaily menyumpah seranah kerajaan atas perbuatan kejam mereka.. babi! babi! babi!
Sebabnya rakyat melihat kerajaan memerintah rakyat seperti memerintah babi!! Tindak balasnya, rakyat membabikan kerajaan. Babi memerintah babi!!
Inilah dunia kotor kita. Kerajaan liat untuk membersih diri. Semoga pejuang Islam terus membersih diri. Selamat menyambut Ramadhan al mubarak. Doakanlah kesembuhan untuk mangsa kezaliman Umno yang telah lama didoakan kehancurannya. Allah pasti menerima doa mereka yang dizalimi.


Komen Terbaru