Saya ingin memaklumkan bahawa al fadhil al ustaz Mohd Edrus Ab Rahman, penulis doa syifa’ tinta za’faran melaui kaedah rawatan pinggan putih akan terus bersama saya menggerakkan projek dana Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka, Kota Bharu dan sekolah – sekolah ugama rakyat ( SAR ) terpilih yang akan dilancarkan melalui sebuah syarikat baru yang telah pun ditubuhkan bagi menggantikan usaha kami yang tergendala sebelum ini.
Syarikat akan beroperasi bila – bila masa dari sekarang.
Al fadhil adalah rakan sepengajian di India Pakistan yang pernah saya jemput untuk turut bersama menggerakkan syarikat SIM beberapa tahun lepas. Beliau seperti yang saya kenali adalah seorang yang berilmu dan istiqamah di dalam menyebarkan ilmu melalui penubuhan Maahad Tahfiz az Zahrah, Sungai Buloh, Selangor di mana beliau adalah timbalan mudirnya.
Beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali. Antara yang menarik dan mententeramkan adalah kaedah perubatannya yang menggunakan ayat – ayat suci al Quran tanpa campur aduk kaedah yang rumit dan diragui. Ia kaedah murni jarang dilakukan.
Walau bagaimanapun, untuk mengelak kekeliruan pengguna semasa produk asy syifa’ SIM, al fadhil akan terus menulis untuk syarikat tersebut sehingga tempoh tertentu.
Dengan penglibatan al fadhil Mohd Edrus dan dua lagi rakan yang pernah bersama – sama menggerakkan SIM di peringkat awal dulu, diharap ia mendapat kepercayaan dan sokongan daripada khalayak. Mereka ialah encik Wan Hasnol Hadi dan encik Nazri.
Terima kasih di atasan sokongan dan dukungan padu para sahabat pengguna.


20 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
Oktober 28, 2009 pada 1:36 pm
denaihati
Semuga ALLAH terus memberkati usaha yang murni. Kalau ustaz beminat dengan produk Minyak Dara Habbatus sauda mungkin kita boleh bincang. Detail produk @ http://oneblogshop.com
Oktober 29, 2009 pada 12:24 am
ahlipas
salam ustaz… ada peluang ana nk pasar produk baru nihhh
Oktober 29, 2009 pada 3:17 pm
hj kg baru
elok saya rasa semua tinggalkan terus sykt tu.buat apa utk sampai tempoh yg tertentu lg?kami ingin tahu apa nama produk baru ustaz?
Oktober 29, 2009 pada 6:56 pm
iman lamn
bubar dun perak!!!bubar SIM!!!
Oktober 30, 2009 pada 7:36 pm
Wan
rawatan tinta putih boleh percaya ke?
saya rasa perlu buat perniagaan yang lebih bagus (jual produk)
Disember 18, 2009 pada 11:50 pm
Aaamenung
Bagi orang yang boleh membaca , aku rasa baik kau baca kajian prof. emoto dlm hado net baru luas sikit minda.
Disember 19, 2009 pada 12:19 am
Aaamenung
prof Emoto telah membongkar sedikit rahsia Allah bukti secara saintifik ,kebenaran tentang doa , tulisan, gambar dll serta kesannya kepada kita. Bukti ini sekaligus akan melenyapkan perasaan tidak yakin kau tentang kehebatan doa dan tulisan.
Oktober 31, 2009 pada 2:42 pm
kaedah
TTg rawatan pinggan putih..mmg terdapat dlm kitab2 muktabar…jgn pertikaikan..ada sandaran drpd perbuatan sahabat baginda………sebenarnya AIR MUSOFFA yang start dulu ..depa ni tiru kaedah yg sama…
Oktober 31, 2009 pada 11:54 pm
Us.Zakaria Al Haj
Assalamualaikum…
Dengan rasa sama2 untuk perjuangan dana sekolah agama,ana ingin mengambil peluang untuk menjadi salah seorang,pengedar/pemborong produk keluaran Maahad Tahfiz Nikmatillah.
Mungkin dengan kerjasa dengan d’Halal Shoppe boleh mengembangkan lagi perniagaan yg ustaz usahakan.hubungi ana Haji Zakaria 019-9511444 tel:09 7478244.
terima kasih
November 9, 2009 pada 2:16 pm
wahab
ASSALAAMUALAIKUM.
ana nak ust terangkan ttg Wahabi dan Salafi yg melanda malaysia ni………!
Harap saudara ust NIK ABDUH boleh beri penjelasan secara ilmiah.
November 13, 2009 pada 3:50 pm
insaflah
ustaz tak nak komen ke tentang kemelut melanda PMBK.ipar ustaz tu juruh ko orang nya ke orang buat fitnah? tapi dari hok ambo dengar cerita ramai orelah dia tu tak juruh mano jolo ko……..emm hubungan dia dengan jiran2 ok ke?
November 14, 2009 pada 8:37 am
cikgunik
Assalamualaikum.
Bila ana lihat perkaitan antara anta dengan perniagaan, maka ana akan teringat pada zaman masa anta dan ana sendang mengajar di MMP dulu, dari dulu lagi anta memang minat berniaga.
ana doakan semoga anta berjaya.
salam
daripada cikgu nik kepada Ustaz nik
November 17, 2009 pada 6:57 am
ikebilihikejerung
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji di Mekah berikutan dengan “kontroversi” tajaan. Klik disini. Tindakan ini merupakan satu tindakan yang bijak dan tepat.
Ini adalah kerana Nik Aziz selama ini dihormati kerana bersih dan kelihatan bersih. Jika beliau tetap dengan pendirian untuk ke Mekah dengan tajaan “pihak-pihak tertentu” yang dikatakan mempunyai “kepentingan” dengan kerajaan negeri Kelantan, kredibilitinya yang hebat selama ini akan tercemar begitu sahaja.
Tidak kiralah sesuatu tajaan itu ke destinasi mana sekalipun ke Mekah, ke Amerika Syarikat, ke Iran atau ke Iraq ianya adalah amalan yang tidak baik apa lagi jika kita memegang sesuatu jawatan politik penting seperti Menteri Besar Kelantan.
Sheih yang baru-baru ini dipecat dari PBMK turut menulis dengan nada yang sama disini. Tukar Tiub turut mengulasnya disini. Salah satu tindakan yang boleh diambil oleh Nik Aziz untuk menghentikan kontroversi-kontroversi seperti ini ialah dengan menghentikan sahaja khidmat menantunya di PBMK.
Tidak manis dipandang orang jika anak atau menantu turut bersama dalam sebuah syarikat yang memegang kepentingan kerajaan negeri. Abdullah Ahmad Badawi yang satu ketika dahulu mempunyai imej yang baik, rosak teruk apabila menantunya memainkan peranan yang penting dizaman pentadbirannya yang telah menyebabkan Abdullah tersungkur dari kekuasaan negara.
Begitu jugalah dengan ahli-ahli politik yang lain tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Hentikanlah politik Dinasti. Cukuplah kita melayan kerenah beberapa keluarga yang mewarisi kesultanan di beberapa buah negeri. Jangan ditambahkan lagi monopoli kekuasaan di peringkat pentadbiran pula.
Contohilah perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang tidak meninggalkan waris untuk mentadbir negara. Yang beliau tinggalkan hanyalah legasinya sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tidak lebih dari itu. Ikuti ulasan sahabat saya, Tuan Penarik Beca disini.
November 18, 2009 pada 5:32 am
vesewe
Morons read moronic news!
So UMNO is made up of 99% morons without an iota of intelligence – so Utusan is the paper for them.
Without Utusan, they die off……….
November 18, 2009 pada 5:36 am
fargoman
According to the Malaysian Employers Federation (MEF) quoted in the story, there are 785000 Malaysians who work overseas, and an estimated two out of every three among them are likely to be professionals.
Now we can quantify brain drain.
1000 experienced engineers equates to RM10 billion investment. 2 out of 3 of 785000 professionals working overseas is ~ RM5400 billion.
What was Najib budget for 2010? RM200 billion?
So, it is equal to 25 times of national budget.
November 18, 2009 pada 5:42 am
ruyom
Corruption in high places is so institutionalised that it has become a virtue.
If you can get away with murdering, it means you have the power and connection; if you can get away with cheating, it means you are smart; if you can get away with bullying, it means you are more equal than me; if you can get away for hijacking the established businesses of others, it is called the NEP.
November 18, 2009 pada 12:42 pm
batunisan
kenapa ust dah menyepi dari menulis.. ke bahana dari serangan kamikaze keatas pembantu ayahanda dulu…sabarlah ustaz.. kami bersama orang2 yang benar…istiqomah dalam perjuangan…kami merindui ulasan pemikiran ustz..
November 26, 2009 pada 11:44 pm
dariana
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالاضحى المبارك هجرة 1430
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt
اللهم فرق جمعهم وزلزل اقدامهم
يا الله فورق فرنداكن فواق مريك دان رونتوهكن كدودوقن مريك ايتو
فانصرنا على القوم الظالمين
dunia semakin diletihkan oleh fitnah. dunia akan musnah oleh banyaknya fitnah yang digolek oleh mereka yang tidak beriman tidak beramal soleh. semakin kurang manusia yang saling berpesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan supaya bersabar.
Disember 9, 2009 pada 12:33 pm
ghazali
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Semoga ALLAH memberkati usaha murni Ustaz..
Kalau diizinkan saya ingin mengambil peluang untuk menjadi salah seorang pengedar/pasar produk keluaran ni nanti..
April 5, 2010 pada 9:44 am
hamba allah
salam.. jgn kita tuduh menuduh pasal produk kaedah pinggan putih yg lama dgn yg baru.. kita kena dengar cete kedua – dua pihak.. mcm mane islam nk maju klu kita sering berbalah.. sama2 kita bangunkan ekonomi islam. rasulullah tak ajar kita mencari kesalahan orang.. sepatutnya kita perbaiki kesilapan untuk kepentingan agama. mcm mane agama lain nk respect dgn kita klu saling tuduh menuduh anatara kita.. wallah hu a’alam…