Salam Kamunting,
Menanti tahun baru tidaklah lebih utama daripada mengurus masa yang sedang mengulit diri di hujung bulan haram Zulhijjah ini. Hari ini mestilah lebih baik dari semalam. Walaupun ia terlalu sukar dipenuhi, ia tetap sebagai penguat dan pemangkin kepada peningkatan diri dan kehidupan pada esok hari. Ia hikmah yang cukup mulia dan menakutkan diri daripada diulit kelalaian.
Ingin saya melukiskan beberapa perihal yang mungkin sesuai untuk dikongsi di blog ini. Ia sekadar menghangatkan diri untuk lebih bersedia melangkah ke masa depan yang penuh soal dan tanya..
1) Pelajar – pelajar di Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka yang saya dan keluarga NikmatiLlah kendalikan semenjak beberapa tahun lalu kini sedang menghabiskan hari – hari akhir pengajian mereka sebelum cuti hujung tahun Masehi. Mereka akan bercuti sekadar 2 minggu sebelum sekolah kembali dibuka untuk sesi baru nanti.
Setiap hujung tahun, kami akan ransangkan mereka dengan kewajiban menghafaz ayat – ayat al Quran sekali ganda daripada kebiasaan upaya mereka. Kami ransang mereka dengan habuan kewangan yang tidaklah banyak, tetapi cukup mengembirakan mereka apabila memperolehinya atas usaha giat mereka menghafaz kitabaLLah. Di zaman khalifah Umar radhiallahu anhu, beliau sering menghadiahkan para huffaz dengan ganjaran kewangan khusus dengan tujuan memuliakan mereka di sisi masyarakat.
Semalam saya gembira beberapa pelajar telah melepasi target yang disasarkan oleh guru mereka. Anak sulung saya, Nik Ahmad Shah Waliyullah juga telah melepasinya. Begitu juga adiknya, Nik Mush’ab Umairi yang saya lihat telah berusaha untuk lebih rajin dan bersedia untuk tahun baru nanti. Saya rasa sungguh rasa gembira untuknya dan kawan – kawannya.
Semoga Maahad Tahfiz kami dan seluruh sekolah tahfiz di Malaysia kita terus berjaya mencapai matlamat besar melahirkan anak – anak kecil yang huffaz sebelum terus gemilang mencipta nama sebagai muslim berilmu demi negara Malaysia tercinta.
2) Maahad Tahfiz NikmatiLlah bercita – cita besar untuk lahir sebagai sekolah ugama swasta yang mengenakan yuran pengajian paling rendah di dalam negara. Ia laluan yang sukar, tetapi kami sungguh beremosi untuk itu. Pusat – pusat pengajian ugama yang diasaskan oleh para sahabat daripada jamaah Tabligh begitu bersungguh merealisasikannya dan mereka telah berjaya. Saya mahu lebih berjaya daripada mereka.
Sekurang - kurangnya saya telah berpuas hati apabila berjaya pada awal tahun lepas untuk mengurangkan yuran pengajian berbanding tahun – tahun sebelumnya. Ia berlaku di saat sekolah – sekolah lain giat pula menaikkan yuran kerana kos kehidupan yang semakin meningkat.
Anda tahu mengapa kami berjaya? Ya, kepercayaan anda dan masyarakat kepada usaha kami, lalu andalah penderma yang budiman yang sentiasa menderma untuk sekolah kami. Kami menyantuni kepercayaan anda dan masyarakat dengan menggunakan derma itu sebaik – baiknya.
AlhamduliLlah, di awal tahun nanti, melalui sedikit penglibatan kami, pihak HPA yang diasaskan oleh Tuan haji Ismail akan membuka cawangan RFCnya yang pertama di Kelantan. Maahad Tahfiz NikmatiLlah, insya Allah akan turut mengecapi sedikit keuntungan daripada perniagaan tersebut.
Jadi, jomlah makan di RFC nanti. Ingat RFC ingat MANHAL!
3) Antara usaha yang saya lakukan dengan bersungguh – sungguh untuk Maahad Tahfiz NikmatiLlah adalah menggerakkan perniagaan berkonsepkan sumbangan untuk dana sekolah. Ia adalah konsep konvensional dan kecil – kecilan yang dimodenkan pengurusannya supaya ia memberi keuntungan yang besar daripada rangkaian perniagaan yang luas.
Saya mulakan dengan perniagaan Saffron Integrated Marketing (SIM) beberapa tahun lepas. Ia agak sukar di awalnya sehingga hampir rebah. Tetapi berkat keyakinan dan kesungguhan, ia akhirnya mencapai kejayaan yang besar. Di dalam SIM, saya hanya mengetuainya sebagai penasihat dan pemegang amanah.
Kini di atas sebab – sebab yang mungkin telah difahami ramai, saya dan 4 lagi jamaah pengasas telah menubuhkan dan menggerakkan syarikat baru iaitu Tok Guru Nutraceuticals Marketing (TGNM) dengan menggunakan jenama TG. Ia telah memulakan operasinya awal November lalu dan telah mendapat sambutan yang agak menghiburkan dan meyakinkan saya bahawa saya telah melangkah dengan kaki kanan, dengan izin Allah.
Saya akan menulis khas mengenai perniagaan ini dan bagaimana ia menjana kemasukan besar kepada dana sekolah di samping menjawab beberapa persoalan yang berkaitan mengenai konsep perniagaan ini. Mungkin saya akan menulisnya selepas majlis makan pagi pada awal tahun Hijriyyah nanti bersama ayahanda di kediaman kami di Pulau Melaka bersama stokis – stokis seluruh negara yang telah mendaftar. Ia dibuat sempena majlis penyampaian sumbangan yang pertama untuk sekolah – sekolah ugama terpilih yang akan disampaikan oleh ayahanda sendiri. Ayahanda telah menyatakan persetujuan dan gembira seperti dulunya. Ini dan semua perancangan didahulukan dengan INSYA ALLAH.
Mungkin saya perlu minta maaf bahawa majlis ini adalah khusus untuk para stokis sahaja. Ruang tamu rumah tidak mampu untuk dibuka kepada umum. Insya Allah, saya akan cuba dapatkan perkenan ayahanda untuk majlis kedua yang lebih besar dan meriah.
Semuanya demi kemajuan sekolah – sekolah ugama seluruh Malaysia melalui perniagaan kami yang akan mencipta kejutan demi kejutan dengan persembahan rangkaian produk muslim bermutu tinggi. Tak percaya, tunggu Januari nanti dengan beberapa produk baru yang ‘boom’ , insya Allah.
4) Dunia politik saya agak panas tahun ini. Blog saya melonjak kerana beberapa tulisan saya yang agak anti – establishment. Daripada acap menerima pujian sebelumnya, saya acap pula menerima cemuhan kali ini.
Apabila saya perhatikan, saya dapati di dalam blog kini, tiada lagi yang bersih daripada serangan. Justeru di saat ramai yang luka, anda pun patut luka. Apatah jika yang luka itu guru anda, anda mesti turut sama luka kerana mempertahankannya.
TGHH dan TGNA telah luka dan saya luka kerana mempertahankan mereka. Hah, seronok pula rasanya. Saya bukan jenis orang yang menyembunyi diri apabila melihat gurunya luka. Murid dan pembantu jenis apa ini??
Anda telah mengenali saya. Sikap saya hari ini rasanya begitulah ianya sejak dulu. Saya tidak beriman pada persepsi. Persepsi adalah umbang ambing politik manusia, bukan politik datuk saya Nabi Ibrahim alaihissalam, juga ikutan saya, nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Persepsi yang benar adalah pada ridha Allah. Ia bukan persepsi binaan politik semasa hari ini. Ia persepsi binaan malaikat Allah. Hebat kita di sisi malaikat, hebatlah kita pada dunia persepsi yang hakiki dan benar. Jika tidak, persepsi adalah nahas!
5) Menanti bilah – bilah hari menuju tahun baru adalah keinsafan. Helaian demi helaian amalan kita di dunia ini diminitkan dan menunggu masa untuk diterima dan disahkan. Dunia semakin tua dan sentiasa acap mengulangi kesilapan yang sama. Ia tidak lagi sedar kerana ia telah tua dan telah nyanyuk untuk mengerti erti sebuah iktibar dan keinsafan.
Semua kita semakin tua. Seorang ahli akhirat akan semakin terungkai daripada tubuhnya ikatan – ikatan duniawi dan tali – tali akhirat semakin galak memegangnya dengan kuat. Dia semakin mencintai akhirat dan menggilainya. Dunia semakin jauh meninggalkannya dan dia tidak akan berpaling lagi kepadanya.
Adapun ahli dunia, tali – tali duniawi terus mengikatnya dengan lebih kuat. Dunia menagih hutangnya yang belum langsai. Kezaliman dan kemusnahan yang dilakukannya menghambatnya sehingga sukar sekali tali – tali akhirat untuk mengikatnya. Ketika akhirat memanggil - manggilnya, dia terus menjengah pada dunianya yang penuh soal dan tanya.
Dia ingin mempertahan diri di hadapan dunia yang akan lebur, sedang akhirat menunggunya dengan cemeti dan belenggu azab dan kepedihan.
Allah, kembalikanlah kami kepada kehidupan saat Engkau melahirkan kami di awal dunia kami dulu..


7 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
Disember 16, 2009 pada 6:32 am
Hairul Faizal Adli
Assalamualaikum Tuan Guru Nik Abduh.
Semoga Allah sentiasa merahmati tuan guru dan keluarga tuan guru yang dimuliakan. Terima kasih atas perkongsian tulisan tuan guru yang penuh dengan hikmah dan terselit dengan banyak pengajaran di dalamnya ini.
Semoga perniagaan tuan guru sentiasa maju jaya, hasil penerapan bisnes Islam dan gandingan para muslim profesional yang berjihad melalui cara ekonomi.
Bertuah rasanya dapat mengenali tuan guru, biarpun sekadar menerusi tulisan di blog ini. Inilah sebahagian rahmat Allah untuk saya, dengan diberikan keizinan untuk mendapatkan ilmu dan hikmah daripada hasil tulisan tuan guru.
Insya Allah akan terbuka luaslah dan mudahlah jalan perjuangan yang dilalui oleh para pejuang Islam seperti tuan guru. Insya Allah, saya juga mahu menyertai baris hadapan perjuangan ini untuk memandaikan bangsa dan menegakkan agama Islam.
Semoga tuan guru akan terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam menghadapi cabaran pada jalan jihad.
- Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani
Disember 16, 2009 pada 7:20 am
mumtazah
Ustaz, tak akan MANHAL saja, yang lain bagaimana ustaz? Ana tengok ada sekolah rendah agama cukup dhaif. Tak ada usaha-usaha untuk membantu mereka sekali?
Disember 16, 2009 pada 11:32 am
sebal
Salam, terasa sejuk bila baca actical NA kali ni..tahniah dengan kejayaan MN.
Tapi, gue masih lagi sebal..sebab ariff fahmi masih bermain dgn kata-kata..utk letak jawatan ceo..letak aje ASAP..supaya..stop segala citer..and klo benar seperti citer pasal BAZAR TOk GURU..gue amat sebal sekali..sebab AF jadi begitu and buat deal macam tuhhh….
klo..dia itu intan..insyaAllah ia tetap berkilau.
Disember 16, 2009 pada 11:38 pm
awal
Bila kita kata letak jawatan serta merta ianya nampak senang diucapkan tetapi sebagai ketua jabatan/ saorang ayah/ saorang suami perlu ada perancangan yang lebih baik.
Kita semua mempunyai komitmen setiap sen dari gaji kita, bermula dari ansuran kereta, duit susu anak, saguhati untuk mak/ayah dan……
Bayangkan anda tiba-tiba diberhentikan kerja. Mampukah anda menanggani bebanan kewangan ini. Kita makan gaji ni, walau sebesar mana pun percayalah hujung bulang mulai kering. Munkin ada sedikit untuk simpanan hari tua, itu pun kalau ingat. Dari berhenti serta merta ternyata lebih baik dirancang terlebih dahulu sekurang kurang nya kita tak terlalu tertekn.
Sebagai saorang keta beliau seharusnya menyegerakan perancangan dan kerja-kerja yang sedang berjalan dan masa peralihan inilah serahan tugas dapat dijalankan dengan lebih baik dan teratur. Kalau tidak nanti orang akan kata “berak tahu cebuk tak reti, ini semua ariffahmi punya taik”. Munkin agak kasarbahasa yang digunakan tetapi itu lah kesempatan lawan dalam politik di Malaysia.
Cuma yang saya terkilan ariffahmi (saya pun tak kenal) orang nampak, adik najib, menantu pak lah, anak mahadir, adik mohamad Hasssan, adik shahidan, arrggh ramai lagi kerabat UMNO yang buat.
Disember 17, 2009 pada 12:47 pm
Bakal Mertua
salam kepada empunya blog dan tetamu blog.
Bakal Mertua nak tumpang semangku komen. Tentang Arifahmi sebagai mana sobat ku SEBAL sebut. tu. Kalau kita katakan Arifahmi salah. atas dasar apa??. mana kesalahannya??
Tetapi kalau kita andaikan kerana Arifahmi sedang disasat oleh SPRM , sepatutnya kes atau tuduhan perlu disudahi dengan pendakwaan ke atas Arifahmi. Seseorang yang di siasat oleh SPRM belum boleh di katakan salah. (Ayat Mahathir dulu: seseorang yang didakwa di amhkamah, boleh dikatakan bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan keputusan dan hukuman)
Kes Arifahmi ni masih diperingkat siasatan. belum di dakwa lagi. Proses 3 bulan, itu adalah hak Arifahmi, sebab Majikan dia perlu notis sdemikian. Kita perlu hormati juga haknya.
Memang aku pun setuju Arifahmi tak sesuai di situ. tetapi dah ada di situ, kena teruskan tugasnya. Perlantikan Arifahmi selain Tok Guru Mertuanya, tuan/puan tanyalah sedikit sebanyak Husam Musa.
Tentang Husam, nanti aku buka cerita di tempat lain.
Maaf empunya blog sebab ngomen diluar tajuk. Tetapi isu ini, adalah isu panas akhir tahun dan akan berpanjangan hingga tahun depan.
Disember 16, 2009 pada 12:15 pm
Hafizan
Salam…Tahniah ustaz krn berjuang untuk memudahkan anak-anak murid di Maahad…
Disember 17, 2009 pada 1:36 pm
nawi
Mahu bicara soal sifat2 Rasulullah SAW & sahabat2.. ?
mereka semua telah meninggalkan kita dengan harta perdak yg sangat sedikit berbanding kita yang meminta2 sumbangan dari org lain… yg kita sendiri lokek.. Tuhan yang memelihara bayi di dalam rahim ibu akan memberikan anda ganjaran yg terbaik utk anda… InsyaAllah