Salam Palestin,
Saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak terutama rakan-rakan saya daripada pemuda PAS atas tulisan saya semalam. PAS halang atau tidak?
Ia mungkin berpunca daripada satu arahan yang saya kurang periksa kesahihannya yang menghalang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan satu juta anjuran sekretariat HIMPUN yang diketuai pemimpin NGO paling dikenali iaitu Cikgu Azmi TERAS.
Berikut adalah apa yang anda perlu fahami daripada kenyataan akhbar presiden PAS, tuan guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah disiarkan 2 hari lepas hasil keputusan mesyuarat Lujnah Politik PAS pusat. Ketua Pemuda dan saya hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS menyatakan pendirian menghormati kehendak sekretariat HIMPUN untuk tidak melibatkan parti-parti politik dalam menggerakkan perhimpunan tersebut. Ini dilihat bagi mengekalkan mereka sebagai pasukan ‘garis tengah’ yang dapat menghimpunkan seramai mungkin umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha bersama demi menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman gerakan luar ( jangan lupa, juga dari dalam ) yang berusaha merosakkannya.
Demi menghormati sikap HIMPUN yang begitu jelas menolak keterlibatan beberapa figura UMNO yang tampak beriya-iya lebih awal untuk turut mengambil bahagian, PAS bersetuju untuk tidak terlibat.
Maka tidak ada mobilisasi di peringkat parti, terutama daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sesetengah ahlinya telah terlibat lebih awal melalui beberapa pertubuhan NGO, untuk mengerahkan ahli PAS menyertai perhimpunan tersebut.
Walau bagaimanapun, PAS tetap menyatakan sokongan terhadap segala usaha murni oleh pertubuhan-pertubuhan NGO muslim untuk duduk bersama mencari, merumuskan dan menggerakkan resolusi bersama ke arah penyelesaian terbaik menangani krisis umat tersebut.
Sebagai sebuah parti Islam dan gerakan Islam yang menaungi dan membawa aspirasi umat, PAS mengingatkan HIMPUN untuk sentiasa mengekalkan diri dengan sahsiah Islam dan tidak melakukan tindakan yang di luar batasan walaupun dengan niat memartabatkan Islam. Islam, jalannya menuju ketuanan sudah digariskan dengan sempurna oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Segala jalan yang menyalahinya adalah ditolak dan boleh mencemarkan kesucian Islam.
PAS juga mengambil kira kebimbangan awam yang melihat wujud usaha-usaha daripada parti politik tertentu untuk mengambil kesempatan daripada perhimpunan ini bagi mendapat sokongan murahan dengan melakukan provokasi perkauman dan kebencian antara ugama. Justeru PAS menyelar dan memberi ingatan kepada semua untuk menolak usaha-usaha buruk tersebut.
Dengan sokongan yang murni atas usaha murni HIMPUN yang telah berjaya menghimpunkan NGO muslim paling ramai dalam sejarah sebagaimana dimaklumkan, PAS tiada sebarang masalah dan langsung tidak menyekat ahlinya yang terlibat dengan pertubuhan NGO, bahkan atas kapasiti seorang muslim yang berminat untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Harapan PAS perhimpunan tersebut akan mampu meningkatkan kesedaran bersama umat Islam untuk hidup bersatu padu di atas jalan ugama dan berpegang teguh dengan tali Allah. Kesedaran tersebut jika dengan niat yang ikhlas akan melorongkan umat kepada Islam yang syumul yang menjadi cara hidup sempurna buat membebaskan Malaysia daripada belenggu kezaliman dan kehinaan akibat kehidupan yang lari daripada landasan Ilahi.
Secara khusus daripada kami Dewan Pemuda PAS, hari ini sejuta umat Islam berhimpun untuk memperkasakan akidah umat, besok kita berharap sejuta umat Islam berhimpun pula untuk menegakkan syariat Allah.
Allahu akbar wa liLlahil hamd.


21 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
Oktober 20, 2011 pada 1:25 pm
Aszfia Haris
Tahniah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia…
Oktober 20, 2011 pada 3:52 pm
insider
saya mahu melihat reaksi pemuda PAS terutama nasrudin dan ustaz sendiri tentang Zul Nordin
Di parlimen 1 jam yg lalu dia menuduh Hudud PAS membenarkan suami meliwat isteri.Ana isu ini lebih besar dan lebih serius drpd menghadiri HIMPUN.jangan sekadar buat statement sahaja.
hakikatnya di dunia barat lebih ramai yg memeluk islam dari negara kita sendiri kenapa?
Oktober 20, 2011 pada 4:09 pm
Abd Rashid Al-Kubrawiy Al-Husaini
Saya setuju dengan pandangan ini.
Oktober 20, 2011 pada 8:12 pm
Mr Ulong
Perhimpunan sejuta umat islam ini tiada kena mengena dengan politik , kalau kita asyik memandang segala itu dari sudut plitik , maknanya kita telah terperangkap dalam teori politik , alamat satu benda pun umat islam tidak akan mampu bersatu , alamat sampai bila-bila pun umat islam akan terus bercakaran sesama sendiri , yg rugi umat islam , yang untung kaum lain !
Biarkan orang membuat andaian macam-macam , tapi haruskah kita ikut dan percayai secara total ? kenapa kita tidak berfikir sebagai seorang islam yg bebas dari politik ?
Perhimpunan sejuta umat ini sekurang-kurangnya mampu mengikat hati2 sesama muslim , sekurang-kurangnya mampu mengeratkan silaturahim sesama umat , salahkah kita bersatu dibawah satu nama dan satu suara iaitu demi islam , kepada islam dan untuk islam ?
Tidak bolehkah kita lupakan segala sengketa dan lupakan segala dendam , kenapa kita tidak cuba untuk bersatu dan seia sekata demi agama , bangsa dan negara ? kita selama ini berbalah dalam masjid , berbalah dalam hukum berbalah pada segala hal , sampai bila ? apa hasilnya pada agama bangsa dan negara ?
Oktober 25, 2011 pada 6:38 pm
AVI
saya sangat bersetuju dengan pendapat di atas. kenapa pihak pas tak dapat hadir atas nama islam. bukankah islam itu sentiasa ada dalam diri setiap muslim dan politik hanyalah salah satu cabang dalam islam (sebg perundangan dan pembentukan sesebuah negara)
Oktober 20, 2011 pada 8:23 pm
Mr Ulong
Percayalah , jika kita umat Islam terus berpecah dan berbalah , suatu masa kelak kita akan menerima nasib yang sama sebagaimana berlaku di Libya , Mesir , Turki dan Iraq ..
masanya akan tiba dimana kita akan mengemis dan merempat dibumi sendiri , kita akan terhina dan dihina , kita akan melihat satu keadaan yg tidak pernah kita terfikir selama ini , masa itu menyesal pun tiada guna , nasi sudah menjadi bubur !
Oleh itu , selagi ada waktu , selagi ada peluang marilah kita mengambil peluang yang ada , kita kembali pada persaudaraan islam , bukankah nenek moyang kita sudah berpesan , bersatu kita teguh ..berpecah kita hancur !
Oktober 21, 2011 pada 6:31 am
srikandi
Salam.
Terbaik lah Mr Ulong!
Ana setuju.
Bak kata orang jangan beriman dengan politik, tapi berimanlah dengan Allah.
Politik itu subset dalam agama. Maka, agama yang mendominasi itu yang wajar diutamakan dalam kehidupan seharian.
Kalau semua nak dipolitikkan, ape pun tak boleh jadi. AIyak.
Wallahua’lam
Oktober 21, 2011 pada 8:58 am
Ammar Murabbi
Salam saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian
Saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, dan setiap kita, 4 persoalan, sebelum kita beriya-iya nak cakap pasal HIMPUN, murtad, masalah umat Islam dll… 1. Sudahkah kita menghadiahkan terjemahan Al-Quran, dengan bungkusan yang special dan senyuman manis kepada saudara kita yang bukan Islam? 2. Sudahkah kita bercerita tentang Islam, sekurang-kurangnya kepada seorang bukan Islam, sekali seminggu? 3. Sudahkah kita membantu saudara-saudara baru yang terdekat yang kita kenali? Bantu mereka (hantar/memandu) ke pusat pengajian, belikan buku-buku, tudung, Quran dan lain-lain keperluan? 4. Sudahkah kita menginfaqkan sebahagian wang yang kita ada untuk aktiviti-aktiviti dakwah kepada bukan Islam & institusi-institusinya seperti Hidayah Centre, ABIM Outreach, Macma dll? Jika sudah selesai ke-empat-empat perkara ini, hanya ada 2 kemungkinan : 1. HIMPUN sudah tidak perlu lagi diadakan… 2. HIMPUN di adakan dengan penuh semangat dakwah & kasih sayang yang merentasi bangsa dan warna kulit. Pertemuan di HIMPUN bukan lagi disajikan dengan pekikan slogan-slogan. Tetapi, dipenuhi dengan warna-warna ukhuwwah fillah dan kasih sayang… In fact di waktu itu, non-muslim pun boleh di alu-alukan hadir ke HIMPUN. HIMPUN menjadi satu medan magnetik dakwah yang besar, ada tea tarik session dalam kumpulan, persoalan-persoalan tentang dakwah dan Islam yang boleh diajukan dan dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kerja, sidang pleno dll. Dan HIMPUN di waktu itu adalah himpunan kemanusiaan di mana Islam memayungi, sebagai rahmatan lil alamin! HIMPUN oh HIMPUN… Allahu’aklam…
Oktober 25, 2011 pada 6:51 pm
AVI
saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara…. dan ingin menambah sedikit. saya sangat berharap agar setiap individu yang beragama islam mencintai islam dengan seikhlasnya, bermula dari rumah, ibu dan bapa menunaikan tanggungjawabnya dengan memastikan sekalian ahli keluarga mempunyai jati diri yang kukuh sebagai seorang islam, dalamilah islam sedalam-dalamnya, hayatilah ia, bukannya hanya sebagai islam ikutan, para guru-guru agama diharapkan dapatlah menerapkan dan menyemai ilmu tauhid dengan pendekatan yang kukuh agar benih-benih islam sentiasa subur di dalam hati setiap insan. apabila jati diri kukuh di dalam diri sesorang islam insyaAllah, islam sentiasa dihati, kalimah Allah sentiasa ditegakkan di muka bumi ini.
dan apabila islam ada dalam diri kita, insyaAllah tiadalah masalah murtad yang akan menular di dalam masyarakat kita….
Oktober 21, 2011 pada 2:30 pm
cintarosa
Rakyat berharap sangat moga semua ahli Umno, Pas dan Pkr bergabung bersama dalam Himpun untuk menegakkan Islam dibumi tercinta kita Malaysia. Datanglah ke Himpunan Sejuta Ummah sebagai mewakili diri sendiri yang cintakan ALLAH. bukan sebagai ahli politik yang mewakili mana-mana parti. Bawa dan kibar panji-panji Islam, dan bukannya bendera-bendera parti. Lihatlah kedasar yang paling dalam, bukannya dipermukaan.
Oktober 21, 2011 pada 5:40 pm
Mohd Sufi Mohdajaib
SEJUTA UMMAH MESTINYA MEWAKILI UMMAH KESELURUHANNYA DIBUMI ALLAH DAN BIARLAH MEWAKILI UMMAH BUKANNYA PARTI POLITIK DEMOKRASI PERKAUMAN SEMPIT !!!- TAK ADA LAMBANG PARTI DAN TAK ADA LAMBANG PERKAUMAN !!!!!! UMMATI UMMATI……!!!!! LALU ……ALLAH MENGHANTAR KAN BERJUTA2 MALAIKAT DARI ‘ARASY…ALLLAHUAKBAR !!!!
Oktober 22, 2011 pada 10:03 pm
Pemuda Kristian
Shalom dan berkat dalam nama Tuhan.
Saya percaya kalau Islam tidak memurtadkan penganut dari mana-mana agama lain saya percaya umat Islam dimurtadkan tidak berlaku.
Fikir dengan adil dan saksama.
Tuhan memberkati.
Oktober 22, 2011 pada 11:26 pm
Anak Murid Tn Guru Fadhil Noor
Takziah PAS.. mati sudah perjuangan islam.. kalau Almarhum TG Fadhil Noor masih hidup.. merangkak pun beliau akan hadir..
Oktober 24, 2011 pada 11:22 pm
anak murid tg fadhil noor jugak
Ye ke? Kalau tak join HIMPUN kira dah tertutup ke perjuangan Islam? Sila baca kenyataan ust dari awal hingga akhir dan fahami… PAS dari dulu hingga sekarang berjuang menegakkan akidah, baik dakwah perseorangan, berkumpulan, hingga ke parlimen,
PAS tidak menceduk politik murahan hanya mahukan nama dengan menyertai HIMPUN untuk kepentingan politik, sebaliknya menghormati pendirian sekretariat himpun agar parti politik tak join. Kalau Almarhum TG Fadhil Noor ada pun, beliau mungkin hadir atas kapasiti individu…
Oktober 23, 2011 pada 7:52 pm
islam itu indah
pemuda kristian..
ini adalah hak org islam di malaysia utk pertahankan islam dari sebarang cubaan memurtadkan oleh agama lain. malaysia sbg sbuah negara majoritinya beragama islam,manakala islam pula agama rasmi persekutuan. dan perlembagaan juga menghalang dari bukan islam memurtadkan org islam…jadi hormatilah. disini adalah malaysia bukan amerika atau uk.
Oktober 23, 2011 pada 7:55 pm
islam itu indah
anak murid tn guru fadhil noor…
apakah tidak menyertai himpunan dikira sudah mati perjuangan islamnya? tidak baca kah apa yg dijelaskan oleh ust nik abduh diatas. atau tak paham.
Oktober 24, 2011 pada 5:06 am
fikir
Masih tertanya-tanya kenapa wujud slogan perkauman sepeti hidup Melayu sedang HIMPUN adalah untuk perhimpunan UMAT ISLAM dan bukannya UMAT MELAYU. Kerana Melayu tidak semestinya beragama Islam dan beragama Islam tidak semestinya berbangsa Melayu. HIMPUN perlu buat promosi dan penjelasan aktiviti kepada setiap pihak sebelum aktiviti dilancarkan. JIKA SEJUTA sanggup berhimpun menolak gejala murtad maka SEJUTA itu perlu berhimpun untuk menengakkan syariat Allah.
Oktober 24, 2011 pada 6:29 pm
Abdullah
PAS dah mati…kerana nak menghidupkan DAP. Jadi hasilnya DAP idup..PAS mati…islam separuh nyawa.
Oktober 26, 2011 pada 2:43 pm
hamba Allah
Assalam.. Saya rasa rakyat M’sia terutama Melayu Islam sekarang terlebih berpolitik. Semua nya nak kaitkan dgn politik hatta tindakan @ perbuatan baik dari mana2 pihak. Apakah kita nampak isi hatinya?? Sehinggakan kita tergamak m’hukum mereka yg melakukan itu hanya utk survival politik. Itukan tugas seorng wakil rakyat, atau individu terbabit..kalau kita lakukan pulak, itu dianggap tggjwb.. Apa semua ini?? Apa yg saya nmpk semua parti2 Melayu sama saja. Dulu si A kata si B buat benda menunjuk2 sprt mempamer cek derma yg besar!! Tetapi kini, si A jgk turut melakukan perkara yg sama..dan byk lagi contoh2 lain.. Sekian, wassalam
Oktober 29, 2011 pada 4:06 pm
akmal
umno ada hadir ke Himpun ke?
November 1, 2011 pada 6:09 pm
bintu hassan
kerja menyebar islam adalah kerja kita semua.. jgn letakkan amanah dan beban ini pada pimpinan PAS shj. lebih teruk lg, hanya tahu mengkritik…teguran membina kita terima, kritikan menghina minta di jauhkan yaa..