Salam Palestin,
Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami menjawab secara berseloroh, tapi penuh makna bagi saya.
“Asri sedang berusaha gigih mengikis gelaran ‘Wahabiyah’ yang banyak membantutkan pengaruhnya daripada melebar di dalam masyarakat. Beliau tidak mahu gelaran yang menjadi bebanan itu terus menghantui usaha pemasakan pemikiran tajdidnya yang dikira terbaik untuk mengubah bangsa Melayu ke tahap memahami Islam yang lebih komprehensif dan progresif.”
“Aku fikir dengan melabel pemuda PAS yang kebanyakan mereka adalah seusia dan seangkatan dengannya dalam pengajian dulu – termasuk ketua pemuda PAS – sebagai Taliban, maka masyarakat yang sering melihatnya sebagai ‘keras’ akan terpesona dan melihat betapa Asri telah banyak berubah dan kendur.” Begitu sahabat saya itu berkonklusi.
Taliban dan Wahabi dalam masyarakat kita sering digambarkan sebagai watak-watak keras yang sukar diterima dalam masyarakat kita. Taliban dengan watak janggut panjang dan serban besarnya dan wahabi dengan watak jubah Saudianya. Kebetulan pula, ketua pemuda PAS suka berserban dan serbannya pula lebih besar daripada serban Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi. Ketalibanannya sedikit di belakang rakannya, ustaz Norazli Taliban.
Saya terkekeh-kekeh mendengar seloroh sahabat saya. “Gua tak ikut enta la,” jawab saya, enggan terheret jauh kepada perkara yang saya tak fikir Dr Asri akan ke situ pula semasa memberi komen terhadap pemuda PAS.
Tetapi, ia adalah satu isu yang melanda gerakan dakwah di dalam negara kita. Satu anjakan yang menarik apabila pemikiran wasathiyah atau sederhana mula menyerap masuk ke dalam gerakan dakwah atas usaha pelbagai pihak di medan dakwah. Ia seperti menjadi perlumbaan sesama sendiri untuk menjadi juara wasathiyah, seperti telah terbina satu keyakinan bahawa wasathiyah adalah ‘mazhab’ Islam terbaik untuk zaman kebangkitan Islam ini. Mana-mana yang ketinggalan dan terpencil daripada perlumbaan ini, maka ia bukan pejuang Islam. Begitu dahsyatnya ‘kegilaan’ kepada dakwah wasathiyah yang semakin bertapak dan berjaya di timur tengah hari ini, termasuk di dalam dunia politik baru di sana.
Saya mungkin salah seorang yang dihinggapi pemikiran ini. Saya, sepertilah orang lain, peminat tegar Dr Yusuf Qaradhawi dan pemikiran wasathiyahnya. Setahun dua ini, saya tergilakan pula buku-buku Dr Muhammad ‘Imarah dari Mesir. Tiga hari lepas, semasa makan tengahari bersama mantan mursyid am Ikhwan Muslimin Mesir, Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif, saya sempat memohon pandangannya mengenai Dr Muhammad ‘Imarah. Syeikh memuji melangit beliau dan menganggapnya sebagai seorang penulis Islam yang agung di negara Mesir. Saya begitu gembira kerana dengan itu, tak perlulah lagi saya risau dan terpaksa mengikis buang pemikirannya yang mula mengalir masuk ke otak hijau saya ini jika ia adalah pemikiran relatif taliban atau Wahabiah!
Dr Asri pula mestilah lebih wasathiah daripada saya. Saya hijau putih dan dia pula aneka warna dan mestilah aneka warna itu lebih menarik. Itu belum lagi dikira gelaran akademiknya, apatah pengaruhnya yang besar di dalam masyarakat. Beliau pernah suatu ketika menjadi ‘Mawi’ dalam dunia dakwah sebelum kini diambil alih secara lebih dahsyat oleh ikon baru anak muda, ustaz Azhar Edrus yang lebih versatil.
Ketika orang lain sudah berada di langit biru, saya baru bertatih- tatih jadi pelakon tambahan! Adduh, gua ikut enta, bro! Penangan Ahmad Idham punya ‘Hantu Bonceng’ telah membantu membuka pintu baru kepada gerak kerja dakwah Dewan Pemuda PAS untuk berlumba memaut anak muda kita menuju kehidupan berugama yang lebih bermakna. Ahmad Idham kini adalah kawan saya. Siapa mampu menduga kerja tuhan, bro!?
Apapun, kemabukan dakwah wasathiyah di sebalik kebaikannya, telah mencetuskan wabak baru dalam dunia dakwah iaitu keterlampauan dalam berwasathiyah. Dulu Islam Liberal adalah nama senjata baru untuk gerakan memalsukan Islam di zaman moden, tetapi kini, saya, sepertilah yang lain, mula merasai liberalisasi wasathiyah yang bahaya.
Saya namakannya, liberalisasi dakwah wasathiyah. Saya tak pasti, adakah saya akan mengulasnya nanti secara mendalam. Saya lebih suka jika Dr Asri memulakannya, kecuali ianya tidak penting di sisinya. Apalah pemuda PAS, hantu bonceng pun ambil kira!
Dr Asri, saya sering memujinya di hadapan pemuda PAS. Setengahnya sampai berkerut, mengapa saya memujinya sedangkan mereka mahu saya menghentamnya. Saya jawab, buat apa hentam orang yang bantu saya hentam umno? Tumpukan pada musuh yang pasti.
Sekadar nasihat, Dr Asri patut lebih cermat. Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam kritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, “Inilah cara Taliban berterima kasih!”
Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.
Saya belum menulis mengenai isu konsert gay antarabangsa itu. Jika sempat saya akan segera menulisnya, insya Allah. Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS!


85 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
November 1, 2011 pada 2:20 am
hafizan
santai dan cukup padat..
tahniah bro !
November 1, 2011 pada 2:24 am
notacahaya
saya sangat setuju dengan kenyataan yang mengatakan sekarang ramai yang mengatakan pendapatnya adalah yang paling mengikut sunnah dan wasathiyah..jika menyertai parti atau organisasi akan dilihat tidak lagi wasathiyah kerana akan cenderung kepada sifat taksub atau fanatik..begitu juga perkara yang diberatkan..ada yang merasakan isu aqidah seperti kalimah tauhid dan hudud merupakan perkara yang perlu diambil peranan yang tegas..dan ada juga yang merasakan perkara itu tidak perlu ditekankan sangat dan isu kecil tetapi bab ekonomi, pendidikan dan lain-lain yang perlu ditekankan..perbezaan ini bergantung kepada perbezaan corak pemikiran individu itu..bagi saya tindakan yang dilakukan oleh ketua pemuda adalah tepat dan perlu diambil perhatian yang serius..dan isu-isu lain yang melibatkan kepentingan Islam sekecil manapun..adalah tetap merupakan isu penting dan perlu diambil perhatian..
November 1, 2011 pada 2:30 am
ata
saya terkekeh membaca tulisan ini ustaz… moga2 kita tetap di atas jalan yang sentiasa ALLAH tunjuki hidayah-Nya…
November 1, 2011 pada 7:41 am
azlan
kemmahh ust nik…
November 1, 2011 pada 7:45 am
najib
Satu jawapan yang baik dan bernas. Tulisan yang mantap
November 1, 2011 pada 7:51 am
Shamsul Effendey
tu diaaaaaa… baru sedas penumbuk kawan taliban. hihi
November 1, 2011 pada 7:55 am
Azhari bin Hamzah
Salam… syukran ustaz, tulisan yang ringkas, mudah difahami oleh golongan muda dan terasa ‘puas’ bila membacanya.
ustaz dan Dr MAZA dua ikon yg menjadi perhatian golongan muda.. wasatiyah adalah gelombang baru yg melanda dunia politik dan dakwah sekarang, ia mampu menjadi pengganti Islam liberal yang agak “menyelewang’ dari landasan sebenar…
November 1, 2011 pada 8:03 am
Muhamad Farhan Ismail
Allahu Akbar..
November 1, 2011 pada 8:46 am
Muhammad Qayyum
Saya suka dengan idea ‘liberalisasi dakwah wasathiyah’. Memang tak dinafikan kepelbagaian bentuk dakwah wasathiyah antara aliran – aliran pemikiran dan kumpulan Islam boleh mengelirukan masyarakat, malah diburukkan lagi apabila masing – masing menyelar masing – masing samada terlalu ketat atau terlalu longgar bagi menjustifikasikan ke’wasathiyah’an aliran mereka.
November 1, 2011 pada 8:47 am
Firdaus
setuju
November 1, 2011 pada 8:49 am
Badrul Kulim Kedah
Cuba balas ‘komen’ dalam Malaysiakini dan Malaysiainsiders, tapi tak lepas pun. Tak tau sbb apa. Saya cuba tulis, bagaimana Dr Asri boleh label org lain tapi dlm masa yang sama tak suka org panggil dia Wahabi. Dan bagaimana dia tau Taliban hanya akan bantah dan nasihat saja bila ada konsert Elton John di Afghanistan. Kita terima kritikan tapi jangan label yg tak baik kepada musuh, apatah lagi teman2…. Tulisan yg baik, sama2 kita doa yg baik utk diri kita dan rakan seperjuangan. Memang benar klip’ gua ikut enta’ sangat baik dan berkualiti. Ini yang kita mahu buat sesuatu biar nampak berkualiti. Tak mau lagi, sekadar lepas batuk sahaja..
November 1, 2011 pada 9:01 am
Dr Zaidi Bin Zakaria
syeikh..ana setuju..jgn kita byk mbebel..cukup2 lah kita beri ruang atas pentas kita orang2 yg suka publisiti atau ‘pembebel’…. he2
November 1, 2011 pada 9:04 am
mr z
kelas syeikh!!! ana memang nak ‘tumbuk’ je…he2
November 1, 2011 pada 9:25 am
zahari
Hati hati dengan sebarang ulasan tidak membina. Yang mengikuti ustaz adalah kebanyakan adalah penyokong tegar Pas. Harap dapat juga menerima pandangan daripada bukan ahli Pas atau orang awam.
November 1, 2011 pada 1:25 pm
Zul
saya setuju dengan pendapat bro zahari – sikap taksub kepartian ini lah yang menyebabkan kita susah untuk menerima pandangan orang lain.Macam mana nak perintah Malaysia nanti kalau susah nak meraikan pandangan orang lain.
November 2, 2011 pada 9:05 am
Badrul Kulim Kedah
Pertama saya bersetuju kita kena jaga adab, ke-2 tak timbul masalah jika Dr Asri melihat pendekatan Pemuda Pas tidak bijak, ini biasa. Tapi bila dikait dgn Taliban itu tidak membantu. Malah ia memburuk Islam itu sendiri…
November 1, 2011 pada 9:26 am
sot
Alhamdulillah Ust. Satu posting yg mantap. Saya suka memetik penyampaian Dr Kamal al-Helbawi pada Ijtimak Tarbawi yg baru lalu perihal strategic thinking. Katanya, “Understand What Around You. Many enemies are against Islam & Muslim. Be aware about your enemies outside & inside. Enemies of Dakwah, Enemies of Islam. Concentrate on REAL Enemies. For example Corruption is your real enemy.” Perbezaan pendapat dalam agama adalah rahmat, selagi ia tidak mengganggu gugat akidah & iman. Mungkin kita dapat compliment satu sama lain dalam mewakafkan diri pada tarbiyah dan ilmu.
November 1, 2011 pada 9:28 am
Noor Atiqah Abdullah
Setahu saya Dr.Asri tak melabel sesiapa..cuma beliau mengatakan “jangan tiru taliban”..adakah itu bermaksud Dr.Asri melabel orang lain? Lainlah kalau Dr.Asri kata “pemuda PAS macam taliban”,atau mengatakan “pemuda PAS taliban” dan kata-kata yang semaksud dengannya..itu bolehla dikatakan sebagai melabel. Contohnya seorang ibu bagi nasihat pada anak-anaknya,”jangan tiru orang jahat”,adakah ini bermaksud ibu tu label anak-anak dia sebagai orang jahat?Jadi cuba baca ayat yang orang tulis dan baca bagi faham sebelum komen apa-apa.Ini semua gara-gara tak faham maaksud ayat orang kemudian cuma menafsir kata-kata orang secara lebih-lebih.
November 1, 2011 pada 4:23 pm
nor
Atiqah, tolong rujuk twitter Dr Asri. Dia tak boleh mengelak daripada asakan pemuda PAS bahawa dia membebel dengan menuduh pemuda diresap unsur taliban. jika dia wasati, jangan pula menuduh orang tidak wasati. Kalau orang kata dia wahabi, marah.
November 1, 2011 pada 4:56 pm
hazwan
aiwah..betul2.. (^_^)
November 1, 2011 pada 5:42 pm
nursi
‘Janganlah tiru SIS’ yg champion dlm liberalisasi washotiyah ni sdri Noor Atiqah…… Adakah ayat ini salah?
November 4, 2011 pada 11:16 am
rahab
Dalam twitternya Dr Asri jelas melabel pemuda PAS sebagai taliban dgn mengatakan “unsur Taliban masih tebal”. Saudari Noor Atiqah nampaknya tak jelas apa yg dikatakan oleh dr Asri lalu mempertahankannya. Tu pasal kita tak boleh taksub pada Asri kan..
Februari 12, 2012 pada 11:49 am
sss
Tahukah anda bahawa sikap taksub tak digalakkan dalam Islam? Taksub Nik Aziz, taksub UAI, taksub Dr Asri, taksub parti, mahupun taksub mazhab.
November 1, 2011 pada 9:36 am
Muhamad Hasriq
Alhamdulillah… Kritikan bukan bebelan… Padat…
November 1, 2011 pada 9:41 am
Adilah Mawaddah
ana suka bro punya respon…apatah lagi bila mengetengahkan cara taliban berterima kasih, terasa kePEMUDAan PAS di situ! Tahniah ust.
November 1, 2011 pada 9:44 am
simple-shida
salam alaik.
aiwah, sy LIKE mklumbalas ust!
mngkritik itu PErlu. agar kita lebih memBIna DIRI.
cume, kritikan itu mesti dan haruslah kena dgn sasaran tepat pd bulatan tgh
kiasannya.. bulatan itu tidak tersasar.tidak pula sipi-sipi.. ironisnya, bil HIKMAH.
*Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS!
yeah! baru lah boleh ikut `GUA IKUT ENTA`, bro! =D
wallahu’alam.
November 1, 2011 pada 9:46 am
sepat
komen yang bernas tuan… saya harap Dr Asri baca tulisan ini dan memikir sedalamnya segala komentarnya kebelakangan ini .. moga Allah permudahkan perjuangan kita Insyaallah
November 1, 2011 pada 9:49 am
Yie
tulisan yang ringkas tapi padat dengan input.. bakal menjadi pembaca setia.. teruskan ust. nik.. dan teruskan perjuangan dalam membela islam bersama2 pemuda2 pas termasuk sy.. Allahuakbar..=)
November 1, 2011 pada 9:50 am
lol
Masalah nye aku bukan umno,bukan pas,nak menghalang gay pun naper sebelum2 ni xde pun pas gi lawan haramkan event2 kat hotel yg perform by bapok2 n etc..ada org gi nak dgr lagu2..elthon john xcakap pun nak seru suma jadi gay..to said there’s a greater evil kena konpem kan,,cuma jgn nampak isu ni dipolitikan maka org luar akan nampak islam di malaysia ni menghalang berdasarkan niat politik dari amal makruf nahi mmungkar..
November 1, 2011 pada 10:09 am
hussain amin PAS RASAH
Hahaha taliban2.. cepat melatah. baru la nampak wujud timbl Ketua pemuda pas pusat…
November 1, 2011 pada 10:10 am
hussain amin PAS RASAH
Selama ni mana pergi Tmbl ni????tak pernah nmpak pu di N9.,
November 4, 2011 pada 11:19 am
rahab
5 bulan pertama jadi Timbalan KP ni, saya rasa Us Nik Abduh banyak membantu KP di belakang. Jadi Timbalan yg cemerlang. Mungkin baru-baru ni baru muncul setelah kemas pasak kakinya. By the way, artikel pasal Mengapa Ambiga sebelum Bersih tu sangat menarik perhatian juga. Mungkin Hussain Amin kurang perasan. Lagipun Ijtimak Tarbawi yg cemerlang gila2 baru ni pun Pengarahnya adalah us Nik Abduh juga.. So saya tak rasalah Us Nik Abduh tidak wujud sebelum ni
November 1, 2011 pada 10:17 am
Fazlee
En Badrul :saya rasa Malaykini tu hanya utk golongan tertentu saja. Tgk la sapa admin mereka. 90% bkn org Islam. Rasanya apa komen kita yang tak disukai mereka, maka ‘para admin’ mereka boleh delete komen kita.
November 1, 2011 pada 10:31 am
Nasrudin Hassan
Sent: Oct 29, 2011 04:23
Hairan dgn Pemuda PAS. Sepatutnya x perlu larang konsert, minta supaya org Islam tdk dibenarkan pergi sudah cukup. Unsur Taliban masih kuat.
Rujukan Twitter Dr Maza pd 29 Okt. ini menjadi asas perbahasan. tidak tahu dari mana datangnya …. jangan tiru ….
November 1, 2011 pada 10:48 am
wan_jtk
Dr Asri tidak cerdik bila menggunakan Taliban sebagai “jangan tiru taliban”…
kerana takkanlah dia jahil yang dia bila diletakkan sesuatu Taboo di kalangan Masyarakat, Masyarakat tak amik port pun Dr Asri sebut “jangan tiru taliban” atau “pemuda macam Taliban”…
Bagi mereka, Pemuda PAS telah berkait dengan Taliban apatah lagi muncul dari seorang ilmuan yang cukup mulia di sisi mereka…
Hinggakan Utusan Malaysia boleh manipulate lebih teruk dari itu… Nasib baik tak dipergunakan…
November 1, 2011 pada 11:07 am
Wan Nurul Hidayah
Kelembutan dalam ketegasan…mmg ustaz a.k.a mudir yg sy knl dlu…
November 1, 2011 pada 12:39 pm
amad dq
Gua ikut nta brooo!
November 1, 2011 pada 12:49 pm
Laila
Assalamualikum. Sy tidah menyebelahi sesiapa. Tetapi biasa membca tulisan dan mendengar bicara ilmu yang disampaikan dgn menyerlahkan tentang keindahan islam itu. Lontaran tulisan diatas saya kira lebih kepada mencerminkan siapa anda sebenarnya. Penggunaan perkataan ‘Gua’ mencerminkan anda seperti ‘mat rempit’. Juga berniat utk menumbuk??? Rasulullah tak ajar ni semua!! Secara tak lansung mmg kena lah Dr Asri mengandaikan anda sbg Taliban! At the same time, saya sgt menyanjungi TGNA. Sedihnya bila memikirkan pada suatu masa nnt pabila beliau sudah pulang, inikah generasi yg akan menggantikan tempatnya….. Tolonglah jadikan lah Islam itu indah dimata orang islam dan juga yang bukan islam…
November 1, 2011 pada 11:49 pm
yusri
lailaa… hang banyak lagi kena belajar sebelum bagi komen..
November 2, 2011 pada 9:28 am
Mohd azhar
ap yang laila katakan itu benar…..
November 4, 2011 pada 11:22 am
rahab
Cuba baca dari awal sampai habis artikel ini. dan cuba fahami kenapa kadang kala Us Nik Abduh gunakan perkataan2 itu. Us Nik Abduh bukannya bercakap dgn nada begitu biasanya. Cuma kali pertama dalam artikel ini saja. Takkanlah hanya yg ini terus anda nilai dan cerminkan dia. Perangai anda ini pun sudah cukup mencerminkan anda kalau begitu…
Mac 28, 2012 pada 10:28 am
mohd nazim
assalammualaikum…skeptikal gak jwpn ni..nak tanye kalau la seorang cina muslim name wong chee naa,adakah dgn name ni di kire die muslim atau cina???n dia pun cakap gua org islam maa…dgn perkataan gua tu dikire die mat rempit la???n pasal tumbuk,ust just nak gambarkan tak elok tuduh n siap name kan taliban yg mmg kite tau saudara kita yg menentang kafir di afganistan,Rasulullah SAW pon xajar kite xbela saudara kite yg bertumpah darah lawan org kafir..buruk sgtkah taliban tu???saya pon xsokong sapa2 gak…
November 1, 2011 pada 2:08 pm
abr, fadzil
suatu huraian yg boleh meredakan geram kpd Dr ‘suka publisiti’..(maaf, perkataan ini didapati lebih sesuai utk Dr itu).
November 1, 2011 pada 2:36 pm
antubonceng_pas
ustaz asri tak kata pemuda pas taliban ,cuma kata jangan jadi taliban ,bahasa mudah dan terang yang ustaz nik sibuk 2 MEMBEBEL x blh terima kritikan tu kenape? org ckp lain die faham lain , Tipikal Pemuda PAS yang poyo.
November 1, 2011 pada 4:17 pm
pm
antubonceng, Lu talak baca ka Asri punya twitter? Asri memang membebel dan melalut. sombong! Dia jika berjiwa besar, harus minta maaf pada pemuda. Pemuda PAS dah biasa dikritik, tapi mereka cool saja sehingga asri al wasati datang dengan keceluparannya.
Mei 16, 2012 pada 1:27 am
azroy
dr asri kata “jgn jadi TALIBAN”…bagi pendapat aku dr asri ni tak profesional sbb mengumpamakan sesuatu…cuba suruh dr asri kata pada mak atau saudara mara atau pada sesiapa di sini dgn ayat ini “jgn jadi LEMBU’ , apa korang akan rasa? fikir fikirkan…
November 1, 2011 pada 3:11 pm
rakyat kelantan_pengundi PAS
hanya 20% yang mampu saya sokong dari penulisan ust.
entah la…selebihnya saya hanya nampak penulisan yang bersifat menyerang peribadi..
apabila berlaku pertembungan antara ahli ilmu dengan ahli ilmu. seeloknya hujahnya perlu juga berilmu.
Wallhu’alam
selamat bekerja dan bergerak wahai ahli-ahli ilmu
November 1, 2011 pada 4:13 pm
pakatan wasatiah
asri serang ribuan pemuda pas, nik abduh serang asri seorang. Mana lebih teruk?
November 1, 2011 pada 3:54 pm
t.m.s.h.r
SALAM UST NIK…WA CAYA SAMA ENTA LA…SGT MENIKMATI DGN CARA ENTA PUNYA KOMEN MENGENAI BRO ASRI…AL SHAHIDANI ALKASIMI
November 1, 2011 pada 3:56 pm
abdullah umar
Saya mengharapkan hujah yang kritikal dan analitikal. Saya cuba mencari inti yang bermakna dari post Ust. Minta tolong pembaca lain buat kesimpulan buah fikiran yang ingin dijelaskan.
November 1, 2011 pada 4:10 pm
pm
Hairan dgn Pemuda PAS. Sepatutnya x perlu larang konsert, minta supaya org Islam tdk dibenarkan pergi sudah cukup. Unsur Taliban masih kuat.
- Rujukan Twitter Dr Maza pd 29 Okt. ini menjadi asas perbahasan.
Adakah twit Dr Asri di atas bahawa ‘unsur Taliban masih kuat’ merujuk kepada pemuda pas tidak bermaksud menuduh dan mendakwa? Kemudian, Asri kata jangan tiru selepas dia dikritik. Inilah yang dimaksudkan oleh ustaz Nik Abduh sebagai membebel. Orang membebel biasa tersasul..
Asri patut minta maaf, sikap yang harus ada pada orang berjiwa besar. Pemuda PAS yang menghormatinya telah terguris atas keterlampauan bahasa beliau.
Asri harus faham, sehebat-hebat beliau, bukan dia yang paling hebat. Jadi, hormati pendapat orang lain sebelum mahu orang lain memghormati pendapat sendiri.
November 8, 2011 pada 8:04 am
Fuad Al-Jempoli
sokong….golongan2 yg membebel dan mengondem dlm ni pn ramai jgk….
Bila Pemuda Pas Pusat tak tegas mula la mengata apa Pemuda buat…bila Us Nik sekali skala tembak mcm nie skali skala kata mcm2 la…..
Rumusan nye, Pemuda Pusat buat la apa yg patut selagi masih di atas garisana syariat dan mungkin dlm lingkaran khilaf yg dibenarkan….
Klu nak ikut kehendak org lain terutamanya yg asyik memebebel dan bercakap tp bkn ‘bersama gerakan Pas’ lbh2 lg dlm Pemuda….membazir beras aje….teruskan sahabat pemuda dlm perjuangan….
November 1, 2011 pada 4:20 pm
mohd khair
Salam ustaz, caya sama anta punya ulasan, santai dan bernas.Semoga dapat memberi sedikit peringatan bagi kita semua dalam memberi penerangan dan juga komen.
November 1, 2011 pada 5:52 pm
Pa Loh
Laila, sila tonton filem pendek “Gua ikut enta” yang dihasilkan oleh Pemuda PAS baru2 ni, kemudian awak faham kenapa Ustaz Nik Abduh gunakan perkataan Gua dan bro dalam artikel ni.. kalau dia cakap Gua sebagai bahasa hariannya pon itu tidak menggambarkan apa2 bagi saya.. saya sendiri memandang sinis pemuda2 PAS saya suka ber”Ana-enta” tapi makna Fatihah pon tak khatam..
Saya adalah peminat Dr Asri.. sebelum ini selain TGNA, dialah ulama’ pilihan saya di Malaysia.. pendapatnya tentang isu semasa sentiasa saya tunggu.. saya mempertahankannya apabila sahabat2 saya mengkritiknya.. sehinggalah dia melabelkan Mufti Mesir sebagai ulama yg mementingkan hal-hal remeh serta pro-Mubarak, hanya semata-mata Syeikh Ali Jum’ah menyuruh para demonstrator balik rumah setelah demo bertukar ganas sehingga menumpahkan darah. Fatwa Syeikh Ali bahawa beli undi itu haram tidak pula Dr Asri sokong..
Sejak daripada itu saya mula berhati2 menyokong Dr Asri..
Ustaz Nasruddin pula terus terang saya kurang minat.. dia dilihat banyak kekurangan tapi saya hargai pengorbanannya terhadap perjuangan Islam..
Dr Asri seharusnya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan kepadanya untuk menuntut ilmu sehingga taraf PHD, berbanding dengan Ustaz Nasruddin yang mengabadikan dirinya buat PAS.. dari segi ilmu saya rasa memang jauh antara mereka berdua, tapi dia tak boleh sewenang2nya merendah2kan orang lain.. ada cerita yang saya dengar daripada rakan2 di Kolej Islam Klang dulu, dengan ustaz-ustazah pon dia nak berdebat.. wallahua’lam..
malah bila saya baca balik artikel2 nya yang lama2, ulama’ silam pon diperlecehkannya, jauh beza dari sifat idolanya Syeikh Qardawi yang juga mengkritik tetapi tetap menghormati ulama’ silam.. beliau banyak mencedok pandangan Syeikh Qardawi, Dr Wahbah az-Zuhaili, Zaaba dan lain2 tapi tidak menghayati rohnya..
November 1, 2011 pada 7:46 pm
pencatat
Saya melihat makna kata2 Dr Asri dalam konteks yg sama dgn pandangan Dr Maszlee dlm facebooknya; “Jika Pemuda PAS boleh dinasihati, saya akan menasihati mereka agar menggunakan NGO-NGO seperti ISMA, Pembela dan TERAS untuk menjuarai isu Elton John dan Hantu Bonceng. Manakala beliau bolehlah menyibukkan diri dengan laporan ketua audit negara 2010, bajet alternatif PR 2011, Buku Jingga, keterbukaan fikiran ‘Fikrah Islamiyyah kontemporari Rashid al-Ghannouche’ dan mentarbiyah ahli pemuda memahaminya untuk memahamkan rakyat jelata, ia akan mematangkan rakyat di dalam membuat pilihan menjelang PRU13. Saya juga akan menasihati beliau untuk mengerahkan aktivis-aktivis pemuda PAS di Selangor untuk belajar bahasa Jawa dan melakukan promosi-tubi di kawasan-kawasan majoriti Jawa di Selangor di mana BN dengan penuh keyakinan hanya menunggu masa untuk menawannya kembali”.
Berada pada platform politik kepartaian yg menawarkan diri sebagai alternatif pmeerintahan dan pentadbiran negara, “Pemuda Pas” seharusnya menyediakan diri sebagai pihak yg mampu dilihat bersifat adil, ihsan, dan “rahmah” kepada semua manusia. Jika tidak, saya cadangkan “Pemuda Pas” menjadi entiti yg berasingan drp Parti Pas (jadi ngo atau seumpamanya) atau diletakkan sebagai entiti kecil berada di dalam lajnah tarbiyyah.
November 1, 2011 pada 11:28 pm
nin
xsetuju dgn Utz Maszlee!!! PAS bukan berplatform POLITIK semata….PAS adalah GERAKAN POLITIK, DAKWAH dan TARBIAH…Tok Guru Presiden berbuih mulut menekan ini. kenapa masih ada yang tidak paham?
kenapa nak meletakkan entiti PEMUDA sebagai NGO…sungguh tak logik…tanpa kuasa apa yg NGO boleh buat? sekadar melalak, melolong di stadium atau jalan raya???? dgn kuasa (politik) maka suara didengar (walaupun terbatas lagi kerana PAS bukan berkuasa penuh dalam pemerintahan negara)…insyaAllah dgn kuasa (politik) jika diberi Allah kelak…Islam akan tertegak dibumi Malaysia.
syabas PEMUDA PAS, kalian nadi pengerak JEMAAH ISLAM!!!
November 1, 2011 pada 6:12 pm
ziyad
ustaz..
Melayang dan tidak cukup terarah. punya sasaran tp sikap bermain bunga tari banyak sgt kdg cemuih dok tggu mana aksi pelepas buah. dan yg xbestnya penumbuk yg ditunggu terlepas dr tangan rupanya hanya keluar dr mulut je..
Maaf ustaz.. kurang mantap..
November 1, 2011 pada 7:30 pm
abu_humaira
angin ‘Oxford’ sudah menyelinap masuk ke dalam ‘minda tajdid’ dr asri.
Masa dia jadi mufti kenapa halang Faizal Tahir buat persembahan di Perlis?? Double standard??
Qaul Qadim dengan Qaul Jadid??
Fikrah baru?
November 2, 2011 pada 9:40 am
Mohamad Sofian-cucu Tok Khurasan
Saya rasa Dr Asri ikhlas dalam tegurannya tetapi sebagaimana manusia biasa terlanjur kata. Lagipun dalam tanggapan Islami Taliban tidaklah salah semuanya, walaupun mempunyai banyak kelemahan.
Tahniah atas komentar tajam/tegas dari Ustadh Abduh
November 2, 2011 pada 1:18 am
Mohd Zahir Ghazali
Salam.
November 2, 2011 pada 2:24 am
katakhybrid
apa perkara negatif yg jadi kalau wahabi, shiah tadbir organisasi?
November 2, 2011 pada 9:12 am
Ana Muslim
As Salam,
“Sheikh, gua ikut enta”… Dr MAZA juga disebut sbg Opportunist… elok beliau mengkritik terhadap BIG ISSUE instead of MEMBEBEL…
November 2, 2011 pada 9:49 am
Emran Ahmad
Apa yang saya suka Pemuda PAS, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda PAS lakukan ialah mengucapkan terima kasih kepada Dr. Asri dan meneruskan usaha mereka menghalang konsert Gay tersebut TANPA SEBUT SECUIT tentang Dr Asri kecuali terima kasih dan terima kasih dan jika didesak pun hanya menjawab : ” Kami hormati Dr. Asri tetapi kami sudah syura dan akan ikut keputusan syura- Full Stop ! Jawapan sebegitu akan mendidik ahli PAS ke peringkat bawahan untuk menghormati ahli ilmu dan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka….dan jika ada perbezaan..kami ikut syura, kan molek ? Ahli terdidik dengan sikap ketua…..Wallahu’alam !
November 4, 2011 pada 11:48 am
rahab
Saya dan majoriti kawan2 suka kalau Ketua Pemuda dan Timbalan ketua Pemuda membalas kritikan tersebut. Bukan Asri sahaja Ahli Ilmu, tapi begitu juga Us Nasruddin dan Us Nik Abduh. Jadi apa masalah Ahli ilmu jawab ahli ilmu? Lagipun memang patut dijawab pun.
Sikap menjawab kritikan yg salah ini sangat patut dan perlu jadi ikutan para ahli. Jangan terpengaruh dgn cara barat yg menganggap kritikan tak perlu dijawab.
November 2, 2011 pada 10:27 am
Fathanah Jamilah HIsham Zuhudy
membaca sambil berkerut2+tersenyum..
Allahumma faqqihna Fiddin ^_^
November 2, 2011 pada 1:15 pm
Nik Abduh hina wanita « The "thirteen million plus Ringgit" guy rambles….
[...] beliau untuk melemahkan pengaruh ilimiah bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin. Beliau menyifatkan Dr Asri sebagai “Mengguna ‘senjata wanita’” iaitu membebel dalam [...]
November 2, 2011 pada 1:53 pm
Ahmad Nasir
ENTAHLE PUAK PAS INGAT DIA ORANG SAJA CALON SYURGA. TAK BUAT DOSA. TAK BUAT MAKSIAT….MACAM2 LAGI LAH MEREKA TAK BUAT. ELTON JOHN MAI BUAT KONSERT DIA ORANG MARAH PASAL BAWA BUDAYA GAY TAPI YANG DEPA DOK BELA DAN SEKONGKOL DENGAN PEMIMPIN YANG AMAL SEK SONGSANG KAT DEPAN MATA DEPA BUAT DEK SAJA…..MACAM NI KAH PEJUANG ISLAM…PIIIIRAAAHHH..0105228699
November 3, 2011 pada 3:46 pm
cintarosa
Jangan hanya menghalang konsert Elton John saja disebabkan dia gay; dia jarang-jarang buat konsert diMalaysia. Walhal orientasi seksual lelaki Melayu/Islam di Malaysia ramai yang dah songsang. Banyak sangat kes liwat lelaki sama lelaki sekarang ni. Pas jangan pejam mata, pergilah berdakwa dengan golongan ni. Jangan sampai orang kata, “kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak”. Pas tentu dah tahu tentang program Seksualiti Merdeka 2011 yang tengah berlangsung tu ketuanya Ambiga. Pergilah halang habis-habisan, kalau nak tiru cara Taliban pun orang tak kisah.
November 4, 2011 pada 11:52 am
rahab
nampak sangat cintarosa tak tau cerita. Baca Utusan je ke tiap2 hari? Sampai tak tau apa yg PAS dok buat selama ni. Dah lama PAS dakwah pada pelbagai golongan. PAS bukan parti politik semata-mata wehh
November 6, 2011 pada 12:25 am
kutai-islam
salam,
Saya pun nak tahu juga, apa yang PAS dah buat selama ini?Nak katakan berdakwah,Malaysia masih macam dulu juga,dah lebih 50 tahun merdeka, tanda2 nak melaksanakan hukum2 ISLAM, tak nampak bayang pun,
Nabi berdakwah selama 23 tahun, berjaya dengan ISLAM berada di puncak keagungan.
PAS?
Mei 16, 2012 pada 1:48 am
azroy
betul tu rahab …dia org ni masih lg dikaburi dgn utusan fitnah.penyokong umno masih lg tak sedar agama islam kini terpinggir.wlu pun PAS tak sempurna sepenuhnya,sekurang2nya ia memperjuangkan hukum Allah,drpada umno yg memerintah lbh 50 thn menolak hukum Allah.fikir2kan yang mana satu yang menjadi kewajipan kita untuk mengundi nanti.
November 3, 2011 pada 10:29 pm
sanisitok
x sesuai benar komen anda..tdk menbina..ckup sekadar provokasi semata-mata!
November 4, 2011 pada 6:09 pm
Abdullah
Beginilah sikap yang dipanggil ustaz-ustaz , yang mengaku alim-alim, ilmu penuh didada…..suka tuduh.menuduh..jatuh menjatuh..gelar mengelar…taka ada kesepakatan…terlalu taksub kepuakan…sentiasa kata orang tak macam dia tak betul…tak tau dari ajaran nabi ke??…Sebab itu Islam dimalaysia ini dari hari kehari makin lemah…bukan kerana orang awam…tetapi mereka yang mengaku ilmuan dan memperjuangkan islam inilah…..Cuba bersatu seluruh ulamak malaysia…jangan ingat kelompok sendiri yang betul…..Kami orang awam ini dah tak berapa confiden dengan cara yang dibawa….puak kafirun sentiasa mengintai mengambil kesempatan…Ingat lah jumlah orang islam di malaysia nih dah kurang dari 50% kalu berpecah dua…tinggal 25%…fikirkan lah..
November 6, 2011 pada 12:49 am
kutai-islam
Dah terlalu banyak peringatan yang kita berikan, pandangan, nasihat dan contoh2 dari dalam Al-Quran,supaya semua yang mengaku ISLAM bersatu, berkerjasama dalam menegakkan SYIAR ISLAM, ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sis-sia sahaja,
Musuh2 ISLAM kini menanti masa untuk menjahanamkan ISLAM, bermacam-macam cara dicuba mereka, setiap masa ada sahaja yang dirancangkan, tapi, kita buat tak endah.
Allah ada berfirman dalam Al-Quran, apabila kita lupa pada suruhan ALLAH, ALLAH akan melantik kaum yang lain menggantikan kita, kaum ini akan cintakan ALLAH, dan ALLAH juga akan sukakan mereka,
Jadi, renungkanlah dan fikirkan apa maksudNYA,
Pada pandangan saya, kemunkinan ini lah bunga2 kehancuran Melayu UMNO dan PAS, kita sama2 mengaku ISLAM, sebangsa, tapi tak mahu berkerjasama dalam menegakkan SYIAR ISLAM,
November 8, 2011 pada 7:44 am
Fuad Al-Jempoli
kutai-islam: Pas tak boleh nak laksana Islam secara meneyluruh nie sbb di Malaysia nie berjuta org mcm kau sokong Amno Taghut yg tak suka Islam…fikir2kan sblm mengkritik org lain..
November 4, 2011 pada 6:11 pm
Abdullah
Ustaz!…bukankah penaja (ambiega) tu seorang yg ustaz mashorkan sebagai ketua?.. (rujuk artikal yg lepas)
November 10, 2011 pada 10:28 pm
kutai-islam
salam untuk mu Fuad Al-Jempoli,
orang macam saudara yg menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan penuh dari semua orang2 ISLAM di Malaysia,
saudara tidak mengenali siapa saya dan siapa yg saya sokong,dari mula saya boleh mengundi hingga sekarang saya penyokong setia PAS,,tapi sungguh kecewa, pemimpin2 PAS lebih banyak berpolitik dari berdakwah mengembangkan ajaran ISLAM,kiranya mereka berdakwah dgn sunguh2,telah lama negara ini dibawah kuasa ISLAM,
jadi,tolong jgn menuduh sebarangan, saudara yg sepatutnya kena fikirkan sedalam dalam nya,kenapa PAS gagal,
saya nasihatkan pada saudara, banyakkan membaca dan memahami Al-Quran, dan taat kepada suruhan ALLAH, bukan taat dan taksub kpd manusia,biar pun manusia itu Ulamak atau Tok2 Guru, mereka manusia dan tak lari dari kesalahan dan kesilapan, sedangkan Al-Quran tetap benar kerana datang dari ALLAH,
November 17, 2011 pada 3:51 am
Bill gates
Kutai…..
politik tu bukan dakwah ke ???
mari belajar matematik….
Maher Zain + Hiburan = dakwah
Raihan + Hiburan = dakwah
Al hijrah + broadcasting = dakwah
Lembaga zakat + ekonomi = dakwah
Tabligh + sosial = dakwah
Cikgu + pendidikan = dakwah
Kagat + Military = dakwah
Ustaz nik abduh + Media baru = dakwah
PAS + POLITIK = DAKWAH
Januari 15, 2012 pada 9:16 pm
Ilham Mazalan
PAS+DAP+PKR= dakwah???
nik aziz+anwar+ambiga(seksualiti merdeka)=dakwah???
PAS+mengkafirkan orang islam yang nyata islam dengan sesuatu yang tidak nyata=dakwah???
bukan merujuk pada semua orang pas…hanya yang Anwarinas…
p.s…BN+meraikan hari krismas and so on=dakwah???
hai…nampaknya kedua2 ada baik buruk….undi yang mana lebih wassatiyyah??
Mei 16, 2012 pada 2:21 am
azroy
kutai ni keliru peee
Mei 16, 2012 pada 2:09 am
azroy
kutai islam…betul apa yang dikatakan fuad tu.aku rasa hang yang patut belajar lbh dr al quran.islam dan politik tidak dapat dipisahkan.klu dipisahkan ikut suka mak bapak tiri dia orang nak buat apa.satu lagi bukan dr al quran je hang kena belajar.hang kena mengerti tentang perlembagaan negara malaysia supaya hang tak jadi rakyat malaysia yang rabun.
Mei 16, 2012 pada 2:17 am
azroy
kutai islam; melalut la kutai ni….hang kena bukak buku perlembagaan negara br hang mengerti dan layak jd rakyat malaysia.politik dan islam tidak dapat dipisahkan, klu dipisahkan ikut suka mak bapak tiri dia orang nak buat apa……ikut sedap mulut je nak komen.
Januari 15, 2012 pada 8:47 pm
Ilham Mazalan
wassatiyyah adalah kunci kepada kegemilangan islam..tetapi siapalah kita untuk menetapkan limit kepada perkataan kesederhanaan itu .setakat mana sederhana, setakat mana pula berlebihan….kita semua berusaha mencari kesederhanaan tatapi lumrah manusia untuk berbeza pendapat..terkadang ada yang berkata 5 daripada 10 (unit arbitrari)itu sederhana, ada yang kata 6 dan terkadang ada yang berkata 4…pada hemat saya..sesuatu langkah yang sederhana ialah langkah yang paling maksimum impaknya..dan paling minimum bahana yang mungkin datang daripada pelaksanaannya…
April 11, 2012 pada 8:04 am
fadzil
menyokong tidak bermakna menyetujui…
membangkang tidak bermakna membantah…
berfikir adalah kawan yang paling baik…
ikutlah sunnah rasullullah
itulah yang paling terbaik
Disember 21, 2012 pada 9:55 pm
balqis
hapuskan lah Ambiga tuuu , LGBT , kenapa still sokong dia ?